Wednesday, November 26, 2008

Belajar Rahsia Wook







HULU TERENGGANU 27 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.

11 comments:

T@sh Sch@ said...

apai .. wahhh... gah bebetul pic kemban tue erk ...

erm.. napa x attachedkan skali gambar peluk manja wook dgn suaminyer ... walawey ..cemburu KINI sehhh...

Mak Su said...

hai, salam kunjungan balas, terima kasih sudi jadi follow blog maksu cerita kosong :)

azlishukri said...

kebahagian tidak mengenal erti umur.

Lebai Mangkuk said...

Nice posting, no politic.

Selamat berbahagia kepada pasangan M Nor Wook Kundur.

AKUOKU said...

salam perkenalan. ngapa tak update blog?

~PakKaramu~ said...

Selamat berbahagia

Pemuda Pelapis said...

Salam ziarah dan terima kasih sudi menjadi pengikut terbaru blog Pemuda Pelapis

Tahniah, kisah sebegini amat menarik dan wajar diteladani dan bukan untuk dipersendakan. Cinta dan kasih sayang sejati tidak mengenali usia, yang penting adalah kejujuran serta keikhlasan pasangan.

Prof. Era Pasca said...

salam...
dikekalkeanakcucuhendaknye...heheeh
jgn jelous...
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

Prof. Era Pasca said...

(sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia ... hehe

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html

Peacebuy said...

Thanks for the interesting article!

" A life well lived "

zumairi said...

panjang betul umur Wook